klik2..

Sunday, April 18, 2010

Sunquick Cheese Cake + hujung minggu..

Salam all,

Ntah mengapakah aku tetiba macam rajin plak nak buat kek.. dek teruja tengok Pandan Cheese Cake @ Mat Gebu punya blog.. aku pon nak try buat.. tapi aku takdelah nak ikut 100% resepi tuh.. kalau nak tengok resepi sebenar leh tengok kat sini..

Aku memang kagum ler tengok aper yang mamat nih buat.. hehe.. walaupon aku takde masa lagik nak korek dalam² blog mamat nih.. tapi setakat yang aku dah tengok tuh mmg best ler.. nenanti aku nak study lagi banyak benda yang ada dalam nih.. hehe..

Berbalik semula pada apa yang aku buat hari nih... Ntah aper ler rupanya kek aku tuh nanti... yelah.. aku nih bukannya jenis yang expert buat kek.. bulih kire ngan jari.. ups... tak cukup kot.. hehe.. banyak kali ler jugek aku buat.. tapi takdelah jenis rajin giler... Ok... aper yang aku letak dalam kek aku.. hehe.. saja je nak nulis resepi yang aku alter tuh...


Nih masa dalam process nak buat... ok.. aku citer sikit apa aku buat... memandangkan aku nak buat kecik jek so aku guna separuh je dari resepi sebenar...

Sunquick Cheese Cake

Bahan-bahan:
100 ml susu segar
2 keping cheese
35 gm mentega
35 gm gula halus
35 gm tepung gandum
2 biji telur
sedikit sunquick / 1 sudu besar
sedikit esen vanilla / 1 sudu kecil

Cara buat:
1) guna kaedah double boiler aku masukkan susu segar dengan cheese yang dah dikoyak-koyakkan. Lepas cheese dah cair masukkan mentega dan sunquick. Pastu kecau sebati dan sejukkan.
2) Pukul kuning telur hingga kembang / warna agak pucat dan campurkan dengan bahan 1) tadi.. lepas tu masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
3) Pukul putih telur hingga berbuih kemudian campur gula halus. Pukul sehingga menjadi merinque. Campurkan dengan bahan 2) tadi dan masukkan esen vanilla.
4) Tuang dalam tin yang telah disapu mentega.
5) Ambil satu tin lain yang lebih besar, tuang sedikit air hangat. Alaskan dengan aluminium foil sebelum meletakkan tin yang berisi adunan tadi.
6) Bakar dalam oven (panaskan dulu), dalam suhu 170 darjah celcius selama 20 minit dan 150 darjah celcius selama 35 minit. (Gunakan hanya api bawah)

Ni ler hasilnya... Aku baru sedar aku settingkan panas oven aku tu both.. tu yang warna dia tak cantik dan merekah.. patutnya biar bottom je... takpelah... belajar dari pengalaman.. selalu oven aku nih guna wat bakar ayam je.. hehe...

Selepas dikeluarkan dari tin cake.. Teruja anak-anak bujang aku tengok... masa tgh buat tuh.. siap tanya banyak kali biler nak siap..

Ni hasilnya selepas dipotong.. nampak macam sedap.. ok ler.. hehe...

Nak selit skalik gambar akif ngan harraz... ni masa pagi sabtu... diorang nih mmg suka nak g jusco.. g tempat main tu jek..

Ni pulak gambar masa arini... ahad pagi ler.. gi jusco gak... teman diorang g smart wonderland.. letih ler jugak.. tapi pikirkan kesian kat budak² nih.. ikutkan jelah.. selalu time keje dah anta diorang g taska...


Last skalik lunch yang aku sediakan untuk diorang... kire minum petang kek yang aku buat ni ler.. hehe..


till then...
chow..

1 comment:

bono said...

simple jek lunch tu tp bdk2 suka bangett...hehehe...thks mama kata akif..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..