klik2..

Friday, December 3, 2010

Tarikan wanita terhadap 4 lelaki

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk  ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan  hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg  bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia  tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya  tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh  anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah,  bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah  kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka  bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahanam.)


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak  mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,  memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki  yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun  seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai  lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri  tercintamu sekarang? Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika  tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah  hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di  'taman' neraka sana .)


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya.  Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya  dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di  akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg  mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat  kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan  diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2  lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati  seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. Apabila  ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata  dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan  dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan  ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki....  sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa....  krn ibu juga insan biasa.... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak,  kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)



Lihatlah.......betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia  malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg  bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan  mereka.


Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka  dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..