klik2..

Tuesday, April 5, 2011

BILA MAMA DAN PAPA SENYAP

*from Google
kami tak mahu bercakap.. sebab kami sangat marah dengan kamu berdua.. kenapa kami marah.. kamu berdua tahu sebabnya.. kami tak mahu lagi merotan.. atau memarahi kamu.. jadi kami berdiam.. dan kami membeku.. kami tahu kamu merasainya.. kami tahu kamu sedih.. tapi kami mahu kamu berubah.. kami sudah penat bercakap.. kami sudah penat marah.. jadi kamu perlu sedar diri.. kamu abang².. kamu jadi contoh...

kami berikan apa yang kamu mahu.. kami berikan yang terbaik untuk kamu.. tapi kenapa kamu begitu.. jadi kami mahu kamu berfikir... carilah apa yang telah kamu hilangkan.. kami baru membelinya.. walaupon mungkin kamu rasa tidak penting.. atau kamu tidak menghargainya.. kamu kena fikirkan sendiri.. tanpanya kamu sukar menyiapkan kerja²mu.. jadi kami akan biarkan kamu..

malam tadi kamu menangis.. bilamana kamu rasa kami berlainan dari biasa.. kamu mula rasa kami tidak bercakap.. kamu mula rasa kami tidak bertanya.. kamu mula rasa kami tidak memelukmu.. ketahuilah anakku.. kami sangat menyayangimu.. dan kami juga tidak gembira begitu.. tapi kami mahu kamu berubah.. dan belajar berfikir..

:(
-kamisayangkamu-

1 comment:

noradzlina.kamdani said...

sometimes aku pun jd mcm tu..mrh gak dgn ank2 sbb xreti nk jaga harta diorg..ingat mak ayah cop duit kot tu yg sewenang-wenangnye menghilangkan barang hu hu hu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..