klik2..

Monday, May 30, 2011

SEMUA MENANGIS.. ADIK MOTOR YANG BAIK HATI..

pagi ini.. kelam kabut jadinya.. si kecil menangis tidak mahu aku dudukkan.. solat subuh pon aku biarkan saja dia menangis di sebelah... apa lagi daya yang boleh... nak tak nak kena bersiap juga.. wahai baby.. ayah kan tiada.. jadi janganlah meragam di pagi hari...

4.30 pg aku bangun untuk memasak buburnya.. tak dan mengemas dapur aku sudah dengar suara menjerit di atas.. berlari aku ke atas mendapatkannya... aku tidurkan dia semula dengan harapan mudahlah aku bersiap.. hmmm.. menapak keluar dari bilik air di telah menjerit lagi.. mahu berdukung.. hmmm..

saat kejutkan abang harraznya... abang pula menangis tidak mahu bangun... bila sudah bangun mahu mandi pula.. wah... terlambat aku jadinya kalau diikutkan karenahnya... aku katakan.. 'takpe kalau abang tak mahu dengar cakap mama.. mama pegi dulu ya...'... 'nak ikut..' jeritnya sambil menangis..

turun ke bawah aku menyiapkan bubur dan aku biarkan abang makan roti... baby pula menaburkan roti disana sini dan menyepahkan rumah.. huhu.. terima kasihlah baby... tambah sikit lagi keje mama pepagi nih... selesai menyidai kain, aku hangkut mereka ke taska..

menangis lagi abangnya... tak boleh mengambil begnya.. huhu.. sabarlah.. masuk saja dia ke taska, terpaksa aku tinggalkan.. sudah lambat dari biasa... kasihan dia... tetapi baik pula bby kecil tidak menangis..

dalam perjalananan yang pula.. sebuah motor hampir dekat dengan kereta aku.. aku seolah dengar dia berkata sesuatu.. 'mungkin bercakap di telefon..' ujarku dalam hati... jalan sedikit ke depan dia masih mengekori rapat.. rupanya... dia ingat memberitahu aku.. 'kak.. tutup tangki minyak terbukak'.. 'ooo. ye ker... terima kasih ya..'.. jawap aku..

memberikan signal ke kiri dan aku berhenti untuk menutupnya.. aku mendoakan budak lelaki yg baik itu.. semoga Allah permudahkan perjalanan dan urusannya... huhu.. meneruskan perjalanan ke kuala pilah...

hati berbunga gembira teringat parcel yang akan sampai hari ini... tapi hati berlagu sedih teringat anak yang masih di hospital.. semoga dia dapat keluar hari ini... nampak dia sudah tidak sabar.. sabarlah anakku.. kalau sudah benar sihat, dapatlah kita bergembira di rumah... :)

2 comments:

noradzlina.kamdani said...

sabo ye.

Cyda Acme said...

sabo yek ...

aku tag GA kat sini. obat penghibur hati ...

http://cydaacmecontest.blogspot.com/2011/05/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..