klik2..

Saturday, June 18, 2011

PERUBAHAN KE ATAS LANGGANAN ASTRO ANDA

Semua benda memang akan berubah.. cuma.. aku benci perubahan itu... perubahan dari rega RM49.95 ke RM55.95.. yang membawa maksud... aku(kami lebih sesuai... sbb astrok dibayar oleh en hubby) sudah kekurangan RM 5 sebulan untuk dibelanjakan ke arah lain semata untuk bayar astro yang kengkadang tak dibuka langsung semasa hari kerja...
*pic google..
Kami sedang mengajar diri kami dan anak kami supaya tak sibuk menghadap tv semasa hari sekolah.. (atau esoknya skolah..) jadi kami nak mereka siapkan keje sekolah.. mengaji.. dan tido awal.. daripada duduk menghadap kotak empat segi yang hanya menambahkan sedikit pengetahuan.. dan ada banyak keburukan.. hujung minggu baru kami beri mereka bebas sikit menonton... maka berbalik kepada isu asal...

Wajarkah membayar lebih lagi.. jika mahu dipotong sahaja astro itu, rasa kasihan pula pada anak² kerana kurang siaran yang terkawal.. (aku tidak suka tv3 sebab banyak sangat iklan dan cerita hantu² yang aku tak suka lihat dan tak mahu anak² lihat..) benci kalau mereka takut gelap hanya kerana benda yang tiada.. (hantu, jin, setan sume memang ada.. tapi bukan kat semua tempat gelap..)

Kalau aku di johor.. memang tak perlu astro (area umah mak aku) itu.. banyak channel lain yang free.. dan banyak pilihan... suma benda naik harga.. dan ada antaranya yang melampau... semakin boring rasa bile tgk suma benda naik harga.. terkadang makan kat luar tak kelihatan bagus lagi.. (nanti aku kupaskan..)..

Nampak macam banyak yang pihak berwajib perlu lakukan... apa yang perlu dibuat?? rasa ramai orang bijak pandai boleh tolong pk.. tapi memang dah semakin banyak perbelanjaan jika nak dibandingkan dengan kenaikan yang semakin banyak... sooo... nak kena cari income lain.. dari mana ya??? nantilah pk.. korang camner?? setuju ke astro naik rege... kalau servis tak semakin baik??? ujan sikit dah tak dapat... cerita asik ulang²...?? :(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..