*pic google..
Nak share satu cerita yang kawan saya ceritakan.. dia kata arituh dia ada jumpa sorang budak lelaki.. cantik orangnya.. (maksudnya hensem ler.. hehe.. bahasa org kg..) cuma dia pelik sbb jalannya tempang... kawan saya terus memerhati.. dan.. penuh ikhlas bertanya kenapa dengan kakinya... mulanya seperti dia mahu marah.. tetapi telahan rakanku itu salah.. dia mahu bercerita...
Untuk jadi ingatan katanya.. untuk semua orang.. tak kira yang tua.. yang muda.. terutama jika masih punya.. insan bergelar ibu... menurutnya.. dulu dia jahat.. suka bermain judi.. suatu hari penuh peringatan untuknya, selepas kalah berjudi dia pulang ke rumah.. mahu minta duit dari ibunya buat bayar hutang kalah judi.. ibu itu enggan memberi.. dia menjadi marah.. tak mampu mengawal kemarahannya.. duit ibunya dirampas.. dan kaki menendang insan yang pernah melahirkannya itu..
Yang Maha Pemurah dan Penyayang mahu memberi ingatan.. beberapa langkah sahaja dia terduduk.. kakinya seakan lumpuh.. tidak boleh bergerak.. disaksinya rakan penjudi bersamanya.. barulah tersedar.. barulah teringat.. orang yang ditendang itu ibunya.. ibunya... ibu tetap ibu.. dia juga yang bersusah demi anak.. yang akhirnya tempang.. seumur hidupnya.. wajah kacak.. badan segak ditarik nikmatnya.. buat peringatan jangan durhaka...
Ibu itu mencari rakan seperjudian yang dihutangi si anak.. dijelaskan hutang anaknya itu.. selesai.. tapi untuk si anak.. sehingga ke mati takkan dilupa.. baru sedikit di atas dunia.. moga berubah.. dan setakat disaksi kawanku itu.. memang dia belajar.. untuk jadi orang.. walau dah dilahir sebagai orang.. Alhamdulillah..
Syukur masih dapat nikmat memiliki ibu itu.. semoga aku dapat berbakti untuknya.. dan.. semoga aku dijauhi dari menyakiti hatinya.. AMIN..
2 comments:
semoga Allah memelihara kita agar menjadi anak yang menyenangkan hati ibu bapa....amiiiiiiin
TQ.selamat mencuba resepi ya.jgn lupa tq.hehe :)
Post a Comment