APAM DOT DOT dari K Hana
Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus - k hana kurangkan.. saya pon sama.. guna 200 jer
* 150gm susu segar
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
* Pewarna
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr K Hana:
* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
* Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
NOTE dari saya plak:
* Memang sedap.. saya suka.. cuma leceh ler sikit.. dengan pertolongan anak².. lagi ler huru hara.. hahaha.. :)
4 comments:
apam dot dot ....
mesti masa ko buat nih ko teringat kat aku kan ... heeeeee baik ko ngaku .. muahahahah :p
wah..rajinnye meng'apam' siap polka dot lagi...
kompom sedap dan lembut.
ovellet memang melembutkan lagi kuih muih...
saya belum sampai seru lagi nak wat kuih nie heee....nanti saya wat la...filling pon ada lagi tu balance wat cestat...tapi nanti ar...tunggu makan2 pat skolah....
itupon kalau jadi kuihnya heeeee
dot.. mestilah aku ingat.. bukannya ramai yg dipanggil dot.. heheh... termasuk printer dot matrik.. hahaha..
lin.. sekali datang angin rajin layan jelah.. haha..
yana.. buat.. jangan tak buat.. semoga seru itu sampai.. :)
Post a Comment