klik2..

Wednesday, April 4, 2012

KUCING, KAMBING SOLAT?

Saya takde gambar.. dan saya pon tak pernah nampak.. tapi kenapa saya tulis.. sebab saya tertarik dengan soalan itu.. semalam en tercinta saya membebelkan anak².. bukan bebel apa sangat.. cuma bebel dalam kereta.. sikit².. tapi terkesan di hati saya.. dan buat saya berfikir..
Venue : Dalam kereta nak pergi pasar malam.. 
tak teringat butir² awal sehingga bebelan itu.. tapi begini lebih kurang sambungannya..
 Papa : Kalau kita cuma makan, tidur, makan, tidur, takde bezanya kita dengan haiwan..
Akif : .... (diam jer)
Papa : Sebab itu, kita manusia dibezakan dengan solat..
Mama : Kalau tengok kucing ke kambing memang dia tau makan dan tidur je..
Papa : Kalau kita tak solat takde bezanya kita dengan haiwan..
Kemudian saya pikir²kan semula... memang asal kejadian manusia itu dibezakan dengan haiwan melalui akal fikiran.. tapi kalau akal fikiran kita itu cuma tahu makan, minum, tidur, toilet maka sama sahaja dengan haiwan.. sama seperti manusia juga merayap sana dan sini mencari rezeki.. ada masanya gunakan akal untuk dapatkan makanan.. tak kira menggali tong sampah atau mencuri di meja...

Kucing dan kambing memang tidak solat.. belum pernah sepengetahuan saya.. (Allah jua Yang Maha Mengetahui).. Begitu juga haiwan lain.. Manusia ada solat, ada zikir,ada tujuan yang jelas untuk hidup.. diatur cantik dengan perintah jelas boleh difahami dan dijadikan panduan iaitu Al-Quran.. menunjukkan tingginya darjat manusia Allah perintahkan dengan sesuatu yang lengkap sifatnya.. penuh maksud setiapnya..

Ya Allah.. semoga aku, suamiku, anak-anakku, keluargaku dan muslimin muslimat yang masih hidup tidak akan meninggalkan solat pada-Mu.. Amin..

2 comments:

Anonymous said...

amin.. tanpa solat kita sama seperti haiwan..pernah dgr ungkapan ini.. tq share ^_^

Kakzakie Purvit said...

Amin... itulah doa kakak selalu moga iman keluarga kita, saudara-mara kita terus kukuh dan tidak mudah diinjak-injak.

Sungguh solat itu tiang kekuatan iman kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..