Solat adalah satu hadiah daripada ALLAH S.W.T kepada umat manusia yang dihadiahkan oleh ALLAH sendiri kepada Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W tanpa ada perantaraan malaikat Jibrail A.S.
Kalau kita baca kisah penurunan Al - Quran pun ALLAH S.W.T menurunkan Al - Quran itu kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. namun Solat dihadiahkan oleh ALLAH sendiri kepada Nabi MUHAMMAD S.A.W tanpa perantaraan sesiapapun semasa Israk Mikraj.
Sebenarnya, solat ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh para malaikat. Ada malaikat yg akan bersujud pd ALLAH seingga kiamat, ada yg berdiri sehingga kiamat, ada juga yg rukuk sampai kiamat dan ada juga yg tahlil, dan tahmit pada ALLAH sehingga hari kiamat. Jadi apabila solat ini sampai pada umat manusia, ia sudah merangkumi segala perbuatan dan pergerakkan para malaikat.
Sebaik sahaja ALLAH S.W.T menciptakan malaikat Jibrail A.S., Jibrail A.S. telah sujud pada ALLAH S.W.T sebanyak 2 kali. Setiap kali sujunya adalah selama 1000 tahun, jadi 2 kali sujud jadi 2000 tahun. Sebaik sahaja selesai sujud, ALLAH bertnya kepd Jibrail A.S, " wahai Jibril, kenapa lama sangat kamu sujud pada ku?? ", Malaikat Jibril menjawab, ini adalah tanda kesyukuran sy pada Rabb aku yg menjadikan aku dengan sebaik2 kejadian. Namun ALLAH menjawab, akan datang satu umat nanti didunia dimana mereka akan sujud pada keadaan lalai dan tergesa2, sujud umat itu adalah lebih mulia disisi AKU berbanding dengan sujud mu, kerana kamu adalah maksum,hanya diciptakan utk beribadat pada AKU, namun mereka sujud pada AKU dalam dunia yg penuh dengan keperluan dan nafsu. Bertuahnya kita mendapat hadia yg begitu berharga daripada ALLAH kan...
Namun sebaik2 solat adalah diawal waktu, dirumah ALLAH ( Masjid @ Surau ) dan secara berjemaah. Namun kebanyakkan kita tidak berbuat demikian.
Apakah kelebihan solat di masjid ?
Antaranya ialah :
Dari Abu Musa As-Syaari RA katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang lebih besar pahala dalam mengerjakan sembahyang ialah yang lebih jauh, serta lebih jauh lagi perjalanan" ▬ Sohih Bukhari dan Muslim.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” ▬ Sohih Muslim.
Dari Jabir RA lagi, katanya: “Bani Salimah – salah satu kabilah kaum Anshar yang terkenal radhiallahu ‘anhum – bermaksud hendak berpindah tempat di dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., kemudian beliau s.a.w. bersabda kepada Bani Salimah itu: “Sesungguhnya saja telah sampai berita kepadaku bahawa engkau semua ingin berpindah ke tempat di dekat masjid?” Mereka menjawab: “Benar, ya Rasulullah, kita berkehendak sedemikian itu.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Wahai Bani Salimah, tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu – pahala melangkahkan kaki dari rumah ke masjid itu pasti dicatat sebanyak yang dijalankan. Jadi tidak perlu berpindah ke dekat masjid. Tetaplah di rumah-rumahmu itu saja, akan dicatatlah langkah-langkahmu itu.” ▬ HR Muslim.
Ertinya : Daripada Ibn Umar RA ,Nabi S.A.W. bersabda : “Solat berjamaah LEBIH AFDHAL daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh darjat(27) “ ▬ Sohih Bukhari dan Muslim.
Terdapat banyak fadhilatnya tetapi cukuplah dgn berita gembira ini dahulu…jika,seseorang yang lembut hatinya,nescaya sudah cukup bginya untuk terbuka hatinya…insyaALLAH
No comments:
Post a Comment