klik2..

Monday, June 11, 2012

IBU DAN PERASAAN

Salam untuk rakan² pembaca blog saya yang setia..

Pendaftaran itu telah selesai.. (ini terkait post sebelum ini..).. dan Alhamdulillah.. dipermudahkan-Nya.. cabaran itu biasa.. dan bila ia selesai.. hanya syukur mampu dipanjatkan.. cukup cerita ini..

Hari ini mahu tuliskan rasa hati saya yang sangat sedih.. jadi ibu dan ada anak.. mungkin tidak sama apa yang dialami setiap orang.. cuma saya sangat sedih bila tiba fasa ini.. mahu hentikan susu untuk Firas.. bukan kerana saya tiada susu.. atau saya mengandung.. tapi kerana usianya sudah dua tahun.. sedih hati saya.. malam tadi, susah sungguh dia mahu tidur.. tapi dia tidak mahu.. kerana masam.. saya letakkan limau sambal.. pastinya masam.. kasihan dia.. dan kasihan juga saya... saat menaip ini, saya mahu menangis.. sedih.. mungkin itu biasa-biasa sahaja.. tapi saya sangat tersentuh..
Firas saya..

Saat ini, hanya pada Dia saya mampu serahkan segalanya.. saya redha.. Alhamdulillah.. saya telah mengecapi saat itu.. saya sangat bersyukur dengan kesempatan yang telah diberi-Nya.. Firas telah membesar sihat.. aktif.. doakan saya kuat ya rakan-rakan.. setelah apa yang saya lakukan semalam, saya takkan berpaling lagi.. Anakku, mama redhakan setiap titisan air susu yang telah mama berikan.. semoga kau membesar menjadi anak yang soleh.. Amin..

Saya juga mahu beri sedikit nasihat.. untuk rakan-rakan yang mahu menghentikan anak menyusu badan, boleh gunakan cara ini.. untuk harraz dulu saya gunakan cara yang sama juga.. samada asam jawa atau limau sambal.. semoga dipermudahkan-Nya..
Untuk yang masih ada bayi kecil.. teruskanlah memberi susu ibu kepada bayi anda.. kerana itu adalah yang terbaik.. dan nikmatilah setiap moment yang diberikan-Nya.. cuma kena kuat dan tabah.. macam-macam halangan.. kesakitan.. digigit bila baby sudah ada gigi.. itu biasa.. kuatkan azam.. dan lakukan kerana Dia..

Seseorang yang telah menjadi ibu pasti tahu.. dan perasaan itu pasti akan datang.. kalau bukan waktu seperti ini, pasti ada waktu, seorang ibu menjadi over sensitif.. kerana seorang anak...

Wasalam..

5 comments:

noradzlina.kamdani said...

sekejap jek dh 2 tahun...mgkn f=ko bole bg susu guna botol kot..utk continue susu badan but indirect way...

Cikgu Nana said...

tahniah kerana telah melengkapkan 2 tahun. aku tak pernah merasa 2 tahun itu. Muhd hanya 8 bulan sahaja, sebab aku gi kpli, masa weekend balik, bagi susu badan.. dia takmo dah. Aqilah lagi kesian, sebulan sahaja, aku bentan, jadi takut dia demam panas jugak... pastu susu dah beku cam nanah... aku berhentikan.

memang terasa ikatan yang kuat antara ibu dan anak apabila menyusukan badan.... jangan sedih2, ko dah laksanakan hak anak dengan menyusukan selama 2 tahun.

Effi Rahmat said...

tengkiu kengkawan.. lin, rasa x sanggp plak nak pam... hehe... M bsar..
yana.. thanks.. means a lot to me..

Unknown said...

comelnye baby tu..

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/

Rina Rahamat said...

anak aku dah 3 tahun fi..masih nyusu je dia..bukan ada susu pon..dia saje nk ngempeng hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..