klik2..

Wednesday, July 4, 2012

INGIN APA?

Salam,
Wahai diri, ingatlah...
 
Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.
 
manusia itu biasa dengan sifat kemanusiaannya.. tetapi jika teringat.. hati mahu lalai... dibisik² si durjana itu, segeralah berisytighfar.. sudah ada yang ini, mahu yang lebih besar.. sudah ada yang besar.. mahu lebih² besar lagi... semak semula diri.. mahu yang lebih² besar itu terkadang tidak salah, tapi perlu semak semula, kenapa, mengapa, yang paling penting adakah itu kerana Dia?
 
saya menulis bukan kerana ada A sibuk bercerita mahu beli apa².. bukan kerana sesiapa.. cuma kerana hati selalu digoyahkan.. nafsu perempuan itu banyak.. benarkah?.. dan kerana itu, perlu dijaga.. jaga diri sendiri dahulu sebelum sibuk menjaga A, B atau C.. kerana kita tidak tahu pertimbangan A.. mungkin dia perlu kerana... bla.. bla... sangkalah baik.. fikirkan yang baik.. supaya Dia berikan kita yang baik²...
 
Ingatlah wahai diri... *Maaf jika ada tersilap bicara, buruk tutur kata atau perbuatan luar batasnya..
 
Salam akhir bicara..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..