Sungguh memang semua ini bukan ada apa-apa.. rumah, keluarga, anak-anak, kereta, wang ringgit.. semua tinggalan yang tiada guna pabila roh dan jasad bukan lagi satu.. cuma, jika kita manfaati setiapnya supaya bisa menjadi bekal maka yang bukan apa-apa itu akan bagi manfaat buat kita..
Sifat manusia itu banyak.. hanya kerena saya wanita.. maka yang mahu saya ulaskan rajuknya wanita.. asal kejadian wanita itu, dari yang satu.. bagian yang lemah.. sebab itu dia lemah.. jika lihat wanita yang hebat, yang bagus, kerena dia membina kekuatan dan kental atas kelemahannya.. justeru, jika lelaki itu kuat maka jadilah pembantu yang lemah.. jadi tukang pujuk bagi yang rajuk.. sifat hatinya umpama kaca sangat mudahnya berderai.. jadi tempati dan jagai ia sebaiknya.. terkadang jika ia jadi terlalu kental, akan hilang sensitif dan rajuknya.. mungkin itu baik... mungkin juga tidak..
Jika anda suami, ambillah hatinya.. gembirakan sang isteri.. dalam kehidupan dan budaya di Malaysia ini, isteri itu terlalu banyak kerjanya.. terutama jika berkerjaya.. kena jadi kental dan kuat mengurusi keduanya.. berikan ciuman.. hiburkan dgn kasih sayang.. belai rambutnya.. kerana selalu isteri itu menyimpan kelelahannya.. isteri jadi banyak berfikir.. kerena semua diurusi oleh dirinya.. hingga anak-anak mahu makan dan pakai apa.. bila mahu berbuat sesuatu, mana yang belum, akan datang bagaimana.. dan banyak lagi.. itu buat dia sensitif..
Silap sedikit mahu merajuk... begitulah sifat yang Allah telah beri padanya.. suatu nikmat supaya sang suami jadi pemujuknya.. sifat itu tunjukkan kelembutannya... kerena dia wanita...
Wahai sang isteri pula.. bila tiba saat kau merajuk atau berkecil hati, serahkan pada Dia. . Yang Maha Pengasih dan Penyayang... jangat diikuti bisikan-bisikan hati.. sementara ada masa syaitan mula berbisik-bisik.. banyakkan istighfar dan serahkan diri dan perasaanmu.. pada Dia..
No comments:
Post a Comment