Salam,
Hari ini saya ingin berkongsi dan kalau boleh dengar pendapat ibu bapa lain... saya dikurniai dengan 3 orang budak hensem sebagai penyeri hidup saya..
Saya hantar abang ke tadika swasta semasa abang berusia 5 tahun lagi.. ke Tadika Bintang Harapan.. selepas itu ke Tadika Muttaqin Pintar.. bukan sebab Bintang Harapan tak bagus.. tapi sebab saya nak anak saya belajar agama.. Alhamdulillah di Muttaqin Pintar abang dapat banyak basic agama.. yang mana saya tak mampu ajar di rumah.. (byk mana je saya mengajar??) Semasa abang 7 tahun, saya hantar abang ke SKS2B dan Harraz ke Muttaqin Pintar.. thank you pada cikgu di Bintang Harapan dan Muttaqin Pintar.. ajar anak saya dengan baik..
Kemudian, hujung tahun lepas saya ambil keputusan hantar mereka bertiga ke Brainy Bunch.. abang akan ke sana selepas sekolah manakala Harraz dalam kelas tadika 6 tahun manakala Firas dalam Play House 3 tahun.. Alhamdulillah... anak² saya terdidik dengan baik.. hafaz semua surah² pendek.. semua bacaan dalam solat... hingga sekarang ini, saya hanya perlu minta Harraz atau abang untuk bacakan surah.. contohnya, "Harraz, Baca surah al-Zalzalah.." maka lancar sahaja Harraz membacanya.. begitu juga dengan doa² harian... Brainy Bunch kotakan janji mereka pada saya.. memang mereka boleh melakukannya.. thank you aunty² di Brainy Bunch..
Saya mahu anak saya belajar agama lebih lagi.. mereka memang tahu solat.. tapi saya tak mahu solat itu kerana saya... kerana aunty².. kerana disuruh.. solat itu KERANA ALLAH TAALA.. tiada kompromi.. saya mahu mereka faham dan tahu apa yang saya tahu.. saya mahu lengkapkan dada mereka dengan bait² indah dari Yang Maha Agung...
Saya mahu hantar mereka ke sekolah agama.. swasta.. abang dan Harraz.. bukan SKS2B tak bagus.. memang sekolah itu sangat bagus.. guru² bagus.. aktiviti yang dijalankan bagus.. dan abang belajar banyak di situ.. akademik memang tiada masalah.. cuma focus saya lain.. saya mahu mereka belajar apa yang saya tidak belajar dahulu.. supaya mereka akan kenal Dia.. dunia era facebook ini, saya fikir tidak dapat menyelamatkan mereka daripada hanyut jika tidak saya bertindak sekarang..
Cuma.. adakan benar jika telah ke sekolah swasta, tiada peluang untuk ke sekolah kerajaan semula?? atau adakah akan jadi sukar?? masa depan mereka memang hanya Dia yang maha tahu.. tapi saya mahu yang terbaik untuk mereka.. jika seorang doctor, biarlah doctor yang sentiasa mengingati Allah, doctor dengan akhlak Islam.. seorang hafiz..
to be continued..
Salam penutup bicara.
2 comments:
bercadang juga nak hantar anak ke sekolah yang berlandaskan akhirat. kalo kukuh akhirat, insya Allah tidak tergoda dengan duniawi.
Elok kalau fikir mcm tu. Basic agama yg kuat dpt menyelesaikan bnyk masalah. Aqidah n akhlak kena seiring. Ilmu fiqh n ilmu taujid juga kena seimbang. Usaha dan berdoalah semoga dipermudahkan allah swt dlm segala hal.
Post a Comment