Since dah beberapa org tanya macam mana nak buat maka saya kongsikan resepi yang saya ambil di fb dan asalnya daripada @lydia honey.
Ok. Komen sebelum buat.. resepi mmg straight forward dan sangat mudah. Bahan yg luar dr biasa ialah yogurt, kekacang dan brown sugar. Selain dpd tu bahan biasa utk yg biasa baking.
Bee hives bun
Bahan untuk bun
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh yeast kering
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/2 cawan air suam
- 1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik - saya tukar dengan susu cair
- 1/4 cawan minyak sunflower-saya pakai minyak jagung jer
- Kekacang-almond, pumpkin seeds, sunflower seeds etc
Cara membuatnya
- Larutkan gula dlm air suam, masukkan yeast dan biarkan hingga berbuih.
- Dlm mangkuk adunan masukkan tepung gandun, baking powder dan garam, sebatikan.
- Masukkan campuran yeast, uli perlahan. Masukkan susu cair. Masukkan minyak sedikit demi sedikit.
- Uli dengan kuat hingga elastic. Saya pakai mixer.. ambil speed yg laju. Setelah selesai rehatkan dlm bekas yg x kena udara. Dlm oven pon boleh hingga naik 2x ganda. Jgn on pulak oven. Sementara tu boleh buat resepi sos butterscotch dia ok.
- Lepas naik 2x ganda tu, tumbuk2 buang udara. Letak sedikit minyak dlm loyang atau bekas yg nak digunakan dan di tangan.
- Buat bulat2 ikut suka. X perlu perfect sgt. Nanti dia kembang lg. Susun dlm loyang dan tabur dgn segala kekacang yg disukai.
- Tutup biar kembang lg.
- Bakar dlm oven yg dah di panaskan dulu. 10 minit api bwh jer, kemudian 5 minit api atas bawah dengan suhu 180-200°c.
- Setelah siap, curah sos butterscotch semasa masih panas. Boleh dimkn. Sgt sedap semasa panas.
Sos butterscotch
Bahan-bahannya
- 25gm butter
- 1/2 cawan brown sugar
- 1/2 cawan susu cair/whipping cream -saya pakai susu jer
- 1/2 sudu teh vanilla essence
- Sedikit garam
Cara membuatnya
- Cairkan butter
- Masukkan brown sugar dan cairkan. Better guna senduk kayu. Sgt panas.
- Sedikit demi sedikit masukkan susu.
- Setelah sebati masukkan garam dan vanilla essence.
- Sebatikan dan boleh digunakan.
Nak warna cantik jgn guna gula merah biasa. Cari brown sugar.
Selamat mencuba.
2 comments:
meleleh air liur ni weihhh.. :p
macam emnarek roti ni arghhhh dah la mood malas nk buka oven... hihi
Post a Comment