Salam all,
istilah² yang tak pernah aku nak ambil peduli tapi sekarang aku study benda² nih.. beberapa persediaan penting untuk ibu yang bakal melahirkan.. kekuatan mental dan fizikal selain persediaan yang lain.. air selusuh pon sangat penting, doa² untuk melindungi dari perkara² yang tidak diingini...
terkadang semuanya telah dirasakan lengkap.. semua persediaan rapi.. atau seperti aku.. ada kekurangan disana sini memandangkan aku belum betul² bersedia untuk melahirkan.. 5 june dan 26 june.. tempoh yang menghampiri 3 minggu awal dari jangkaan bersalin... semuanya memang suratan dan qada qadar dari Allah.. cuma setiap ibu kena tahu dan bersedia.. tak semua kelahiran sama.. terkadang berlaku kelainan yang buatkan kita panik dan tak tahu apa yang harus dilakukan...
hidup adalah satu pengajaran dan setiap hari takkan sama dengan hari sebelumnya.. untuk itu sentiasalah bersedia.. Alhamdulillah.. rasanya aku betul² kuat semasa menghadapi dugaan.. cuma pengalaman itu wajar aku kongsikan dengan insan² yang ingin berkongsi..
Till then...
salam..
No comments:
Post a Comment