klik2..

Saturday, July 10, 2010

Precious Moment... Mama jumpa Baby

Salam all,

Sukarnya digambarkan perasaan apabila tidak dapat menatap wajah anak yang dilahirkan.. menyedari keadaan diri yang masih tidak mampu menjaga si kecil ketika itu, aku redha.. selama 3 hari di ICU, selepas ditempatkan di wad biasa barulah bby comel itu dibawa kepadaku.. menitis air mataku ketika menatapnya kali pertama.. apa lagi dapat kudakap putera ketigaku.. antara gambar yang aku ambil waktu tu..

Firas dipangkuanku.. walaupon air susu telah mula ada, tapi bby kecilku masih tidak tahu untuk menyusu.. hari kedua aku bersamanya barulah nikmat itu milik kami...

Melihat tangan dan aku waktu itu.. walau dah semakin sihat, masih ada kesan²nya...


selamat tinggal kenangan itu.. akan ku tutup sebagai lipatan sejarah yang takterlupakan.....

Salam...
Aku..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..