klik2..

Friday, March 25, 2011

MAKE OVER HALAMAN - JACUZI

Bukan aku suka suki nak make over laman sekangkang kera aku tuh.. jauh lagi kalau si eric botak tuh nak datang watkan laman aku.. hehe... tapi terpaksa wat jacuzi sbb bil air umah aku telah didarab dengan 2.. sebabnya berlaku kebocoran dalam tanah yang menyebabkan aku membazir air.. huhu.. tak sengaja okeh.. tak tau.. memula en hubby kata air aircon.. aku dah separa pelik dah.. ok.. betul ler tuh agaknya.. cuma persoalan yang menerjah minda aku waktu tuh.. nape plak bertakung.. sbb ari panas pon ada jer... takkan air mata air plak... agak menipu kalau ada kat kawasan umah aku yg agak tinggi nih...
biler telah sedekah banyak pada SAINS-sykt air negeri sembilan okeh.. barulah kami membuat kesimpulan paip dah pecah.. terpaksa panggil en apek tukang paip.. hari aku mc tidaklah dapat aku tido lena.. kerana en apek dan kengkawan nya membaiki paip.. membasuh tangki dan membetulkan saluran paip ke budak pandai a.k.a mesih basuh kami.. $$$ terbang...

maka habislah pokok bunga aku.. dah rupanya seperti dilanda ribut.. tak selera ler nak tengok.. dan banyak lagi kerja lain.. jadi rupa yang serabut itu lagilah laman rumah aku..sampai skang.. so.. korang jangan datang umah aku kalau nak kutuk².. kalau nak datang make over aku persilakan... kecil tapak tangan.. tapak tangan jin aku tadahkan.. (tapi aku takde jin ya..).. hahaha.. ntah pape n3 aku nih.. ikut suka ler kan.. :)

1 comment:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

waaa..sedihnya jadi cenggini kan..takpa slow² buat balik laman tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..