Jadi ibu kepada anak yang sudah sekolah.. aku fikirkan sesuatu untuk gurunya.. sebagai menghargai mereka.. aku buatkan bunga paper quilling pada memo pad kaler gold.. untuk 4 orang cikgu tadika akif and harraz..
aku balutkan dengan ribbon.. serta ucapan ringkas.. aku tuliskan dan akif tulis semula.. aku mahu ada usahanya atas apa yang nak diberikan kepada gurunya.. dan aku selitkan brooch yang boleh cikgunya guna.. dan ingat pada mereka.. (semoga begitu hendaknya)..
terjawab sudah mengapa aku berdiam.. walau blogspot sudah baik.. takkah aku risaukan belog aku ini??.. tidak.. kerana.. ini hanya belog picisan.. bukan siapa2...:)
** lupa pula.. aku mengukus kek coklat juga untuk mereka.. 'hari makan'.. kata akif.. tapi dia nampak gembira.. walau tak jumpa entah kemana coklat rice.. aku gantikan dgn almond.. hehe... puas hati berletih untuk 2 budak hensem berbaju melayu..
1 comment:
cannnntik sangat2. cam best guna paper quilling tuuu.. teringin nak try wat:)
Post a Comment