klik2..

Sunday, June 19, 2011

17 JUN : HARRAZ DAN BBY BARU...

Jumaat lepas.. birthday Harraz yang ke-4.. nak sambut di tadika katanya.. jadi kek dihantar sekali pagi itu.. sebentar sahaja.. anak bujang keduaku itu sudah 4 tahun... sudah semakin besar.. sangat pandai mengaji.. hampir habis iqra 1 itu.. sangat laju bila membacanya.. Imam Muda.. kata cikgu di tadikanya.. Amin... semoga menjadi imam satu hari nanti...
*pic lama.. cumil kan dia??

Jumaat hari yang sibuk untukku.. ada kerja dari hari yang sebelumnya.. sementelah kerja membahagi kelas (ada kelas tutup.. ada kelas baru buka..) membuatkan aku asik menyinga.. haha.. yelah.. bila penat menghadap dan kosentrasi pada data.. kemudian tahu data yang diberikan silap... menyingalah aku.. penat fiza menolong aku.. menolong dengan data yang silap.. tapi akhirnya siap juga.. (aku juga yang membuatnya..)

Khamis malam itu memang tidak sempat aku membuatkan kek untuk taska.. memang dah ada hajat.. cuma tak berkesempatan... cikgu ina di taska siap membuatkan nasi ayam untuk mereka.. terharu aku... yelah.. sepanjang 4 tahun itu, dialah yang menjaga Harraz...

Gambar pon tidak sempat ambil.. hadiah pon tidak sempat aku carikkan... nanti ya.. kami juga antara sibuk dan risau menunggukan bby baru.. anak kakak iparku... Alhamdulillah.. bby menunggu tarikh yang sama dengan abang sepupunya.. lengkap untuk bulan 6.. 5hb untuk Firas dan Umairah manakala 17hb untuk Harraz dan Baby.. Rancangannya, minggu depan aku mahu buatkan majlis yang lebih sempurna untuk semua mereka... Insyaallah... :)

Doaku untuk Harraz... semoga Harraz akan menjadi anak yang soleh, dipermudahkan menerima ilmu, diberi kesihatan yang baik, diredhai-Nya sentiasa di dunia dan akhirat. Amin..

1 comment:

asma Pak Wahab said...

hihi..bulan 6 memang best =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..