Ya.. memang agak lama juga cuti sakit kali ini.. hanya disebabkan mata.. (tapi buatkan demam juga... dan tidak sihat..).. adat kalau mata yang sakit dan tak mahu kengkawan dijangkiti memang puan doktor bagi cuti lama.. last amik mc ari isnin arituh doktor tuh berikan tiga hari.. dan menandakan hari khamis sahaja ya aku akan bekerja minggu ini... jumaat itu memang sudah diwartakan cuti untuk aku.. sempena cuti sekolah.. mahu bawa budak² berjalan-jalan.. entahkan tercapai apa yang dicitakan.. yang penting dapat buat mereka gembira..
en hubby juga terkena sekali penangan sakit mata.. entah dari aku.. entahkan dari bby.. tapi beberapa hari ini kami mencuba madu sebagai alternative untuk ubat mata.. dan kesannya ketara bila nampak mata en hubby itu tidak jadi memerah.. dan nampak cepat sembuhnya.. kerana takde maknanya dia nak cuti sakit kerana rakannya sedang pergi bercuti.. mahu tak mahu kena bekerja juga.. kehulu kehilir dengan ray ban nya..
part meletakkan madu pada mata yang sakit bukanlah sukar.. hanya setitik sahaja.. tapi... kesannya amat terasa... bila sakit bacakan sahaja selawat.. lama² hilanglah.. dan ubat klinik pon aku letakkan juga.. memang sudah hampir baik.... dan tersaji pula mesyuarat di hari khamis itu... waaahh... malas rasanya.. tapi kan itu tanggungjawab... insyaallah akan dilaksanakan sebaik mungkin...
turun berat siapa?? aku kah??? memang berat aku tidak pernah jadi banyak.. bila kaki menginjak pada penimbang mestilah naik bacaannya dek kerana beban.. tapi jika banding².. sama saja untuk aku.. 47.5.. 48.5... susah sangat mahu sampai ke 50... (cuma waktu perut aku ada bby sahaja ia jadi lebih..) kasihan kan?? tak perlu kasihan.. aku ok saja.. asalkan aku sihat.. :).. tapi berat yang turun itu berat bby firas.. kasihan dia.. mulanya aku susah hati.. tapi bila fikirkan balik.. dia banyak kali demam.. tidak mengapa jika turun sikit.. sekarang dia sudah bersemangat.. mahu makan banyak.. itu buat aku gembira... dan semoga beratnya akan bertambah... tumbesarannya normal.. cuma belum bisa berjalan... biarlah dia... abang² semua tunggu setahun sebulan.. lagipon dia malas bertatih.. saja mahu merangkak.. hihi... cumil sungguh bila merangkak laju.. dan memanjat pagar.. :)
Ya Allah.. Alhamdulillah atas dugaan Mu.. semoga jadi penghapus dosa dosaku... dan semoga Kau berikan yang terbaik untukku.. Amin Ya Rabbal Alamin...
2 comments:
jaga kesihatan...semoga cepat sembuh
salam effi,
blogwalking, terjumpa blog ko. bila baca je nama 'firas' kat entri ni, terus teringat kat ko.. rupanya betul memang anak ko ... moga tabah menghadapi dugaanNya.
Take care!
Post a Comment