Buat chicken pie follow cara bro ryo buat... nak tau camner bro ryo buat... sila kelik sini...
okeh.. berdasarkan resepi tersebut, saya tokleh nak ikut 100% (sbb budak kecik kat umah tak suka mushroom.. suka plak sosej..) .. jadi kire nih edisi derhaka ler nih (ayat bro mat gebu nih.. hehe) .. okeh.. camner saya buat...
Chicken Pie (Pai Ayam)
resepi asal:Ryo@ryoazhar.blogspot.com
(telah di modifikasi ikut saya.. huhu..)
Bahan-bahan;
* 200kg kentang
* 50 g butter
* 1/2 gelas fresh milk
* 200 gram daging/ayam cincang
* 1/2 labu bawang besar *dipotong dadu
* 2 ulas bawang putih *dihiris
* 4 batang sosej *dipotong kecil
* 1/2 cawan mixed vegetable
* 3 keping cheese slice/ cheddar/mozarella cheese
* 1/2 kiub ayam maggi
* Secubit garam
* Air untuk merebus
Caranya :
1. Rebus kentang,biarkan masak.Sambil tu buat intinya.
2. Buat inti : Tumis semua bawang sehingga naik bau.Kemudian masukkan daging/ayam cincang. Biarkan agak kering, masukkan semua benda lain, sosej, mixed vege. Pecah-pecahkan kiub ayam maggi. Kacau dan biarkan sehingga kering.
3. Dah masak inti, ketepikan. Tos dan lenyekkan kentang bersama butter,fresh milk dan masukkan secubit garam.
4. Tuang inti ke dalam loyang/casserol/bekas aluminium.Kemudian lapiskan kentang yang telah dilenyek. Ratakan. Kemudian koyak-koyakkan cheese slice dan tabur di atasnya.
5. Ketuhar dipanaskan pada suhu 180'c selama 10 minit.Kemudian masukkan pie tadi,tambahkan lagi masa 20 minit..Gunakan api atas je.
6. Bila cheese dah cair dan berwarna perang....masak ler tuh.
7. Dah siap.
saya sangat suka.. bagi saya sedap... en mavellous kata part kentang tuh banyak sangat.. dia tak bape nak gemar.. anak² makan gak.. tapi sikit jer.. saya jer makan banyak sowang².. sedap.. saya suka.. lean kali nak masak² pastu makan dengan kengkawan kat opis.. lagi best.. hehe..
2 comments:
nak sket...
aku pun memang gemar yang kentang2 ni.. mesti delicioussss ni!
Post a Comment