klik2..

Monday, November 28, 2011

CHEESE BROWNIES JADI KEK CEKELAT

Pada pukul 4.10 pagi baru sekejap tadi nih saya membongkar freezer dengan penuh semangat.. berkobar rasa nak membuat cheese brownies untuk majlis adik saya pagi ini.. siap menyuruh en tersayang membelikan telur semasa beliau pulang untuk berehat waktu maghrib semalam.. (terima kasih yang.. siap basah2 kena ujan lagi..) tapi terpana seketika.. saat mahu mengeluarkan butter.. sudah abis stok rupanya.. waaaa.. geram dengan diri sendiri.. kini baru saya menyedari kenapa asik berkobar hendak ke bakers mall jer.. rupanya nak beli stok barang buat kuih saya..
*pic en google punya..
otak berpikir ligat.. nak buat pavlova macam tak logik pulak.. (sbb semua barang nak buat ada...).. so.. saya pon tukar plan ke chocolate kek yang sangat mudah.. huhu.. ini je yang termampu.. di saat ayam pon tengah tido... semalam kepala berat sedikit.. tekak pon sudah sakit.. tanda2 mahu demam.. itu yang tidak jadi membaking malam tadi.. jadi lepas membancuh kek pagi ini sudah saya telan panadol siap2 2 biji..

saya menghadapp pc kerana menunggu kek masak.. dalam pukul 5.30 akan siaplah.. topingnya pagi nanti saya buatkan.. sbb kek masih panas dan rasa mahu tidur selepas kek siap nanti..

kesimpulannya.. sentiasa pastikan apa yang perlu ada itu ada.. (maklumlah saya rajin menchepkan diri sekarang.. hahaha.. ) dan.. sangat rindukan paper quillin skang nih.. takpe.. yang wajib didahulukan.. semoga Allah sentiasa berikan kelapangan dan kesempatan buat saya untuk buat apa yang saya suka.. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..