Lepas lihat gambar baru mahu cerita.. 24 Disember baru bermula perjalanan kami sekeluarga.. saya, en suami, 3 mirza, FIL, MIL, nur, K khis and Qaid anak buah saya.. kami sekeluarga bersama MIL di dalam JENIFA (keta saya.. hehehe...)manakala yang lain dalam keta adik saya...
tengahari baru kami bertolak ke rumah MIL dari rumah saya di S2.. waktu menyusuri jalan bukit chedang sudah nampak teruknya jam di highway plus.. kami makan dahulu di rumah mak sebelum meneruskan perjalanan masuk ke elite melalui jalan dalam.. dari s2 ke nilai, enstek dan entah mana² akhirnya kami sudah ada di elite.. Alhamdulillah perjalanan lancar...
takkan hari selamanya cerah kan??.. di musim-musim cuti ini biasalah jam di sana sini.. seterusnya perjalanan di hiasi kelajuan tidak sekata sekejap laju dan sekejap slow hingga kami masuk ke tol menuju terus ke jambatan pulau pinang... anak² kurang teruja sebab sudah malam.. hampir ke pukul sepuluh.. kami terus ke Hotel Seri Malaysia.. (stay semalam, terima kasih pada sepupu suami saya..) siap ada dinner untuk kami bila sampai... terus ke bilik sbb sudah keletihan..
gambar di atas itu kami di hotel semasa mahu bertolak ke kenduri kawin.. quilling anywhere.. sempat lagi tuh buatkan kad untuk saiful.. pengantin yang akan kami kunjungi majlisnya... hehe.. kemudian yang baju purple itu nur.. SIL saya yang berkongsi minat quilling.. dialah yang wat saya terikut² itu.. hehe..
No comments:
Post a Comment