klik2..

Tuesday, December 13, 2011

CARA MENGANYAM KETUPAT PALAS

Saya nak simpan apa yang saya dapat ini supaya saya tak lupa masa depan.. hehe.. kat pilah pon susah nak dapat daun palas nih.. tapi kalau dapat gini cara yang mak zu ajar saya... memula.. amik daun palas.. lap dengan kain untuk hilangkan habuk atau kekotoran..
hujung daun tuh kita potong sikit.. koyakkan pakai tangan jer.. camni.. ups.. blur plak.. silap fokus... abaikan yer.. andaikan nampak ler....
pastu bukak.. okeh.. besar daun palas nih.. tak macam daun kelapa..
kemudian kawan-kawan, kita bentukkan kon.. macam kat bawah nih..
dengan penuh kelembutan lipat mengikut bentuk... sekali...
dan sekali lagi.. maksudnya hanya dua kali ya...
kemudian alihkan kedudukan dengan hujung daun terjulur ke bahagian atas... menggunakan hujung daun, buatkan satu lagi kon... dan masukkan pada bucu yang berhampiran tuh... kemudian kemaskan...
adjust bagi dia cantik.. nih saya buat kosong jer nih... soo.. takdelah nampak gelembungnya.. menurut mak zu.. kalau nak senang dah siap bentukkan dulu.. maknanya anyam kosong.. pastu bila pulut dah siap baru masukkan...
akhir sekali hujungnya kita simpulkan ketat-ketat.. supaya isi tak terkeluar... ada paham??

kemudian kita isikan dengan pulut.. maknanya kena bukak balik dan isikan sekadar penuh... selepas itu bulihlah direbus... bahagian bawah alas dengan daun rejek dan kemudian rebus hingga air kering dan nampak berminyak..
seperti ini.. nampak berkilat kan?? baru pass.. hehe.. :)
selamat mencuba.. harap dapat membantu..

**pasni nak ajar anyam ketupat plak.. huhu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..