Dalam entry saya ini tiada sebarang gambar sepanjang perjalanan itu.. sungguh kami tidak tahu berapa jauh perjalanan yang kami perlu tempuh dari tol simpang pulai itu.. meneruskan perjalanan dari penang kami masuk ke tol dan singgah ke sebuah kedai runcit membeli beberapa barangan untuk persediaan makan-makan.. saya biasalah.. akan terpikir nanti anak nak makan apa.. kalau malam lapar macam mana... ok.. lupa nak mention.. saya booking apartment.. soo... ada 3 bilik.. dan bulih masak.. siap dengan gas, dapur gas, sudu, pinggan, tv, astro.. etc.. senang²..
perjalanan seterusnya menyaksikan perubahan tumbuhan dari kawadan bawah ke atas.. bila sejuk makin banyak bebunga yang cantik especially orkid.. sampai di kg raja kami berhenti untuk solat asar-zuhur sbb dah kol 6 lebey waktu tuh... kami meneruskan perjalanan.. rupanya Yang Maha Kuasa itu ada ujian besar untuk kami... jalan dihadapan jam.. keadaan sekeliling semakin gelap.. kereta bertunda panjang... perlahan sahaja geraknya dalam perjalanan yang mendaki bukit itu... lama kami begitu sehingga bau hangit brake adalah satu kebiasaan... banyak juga kereta yang memotong queue.. berani sungguh mereka... marah juga kami... tapi biarlah itu mereka punya suka...
hingga satu keadaan... en suami mendapati kereta SIL saya di belakang berasap agak banyak... memang dalam perjalanan banyak kereta yang berhenti di tepi.. rupanya kami juga akan terpaksa begitu... kami sama-sama berhenti... suami minta SIL saya ganti FIL saya memandu.. selepas berhenti enjin pula tidak boleh hidup.. en suami suruh saya memandu jenifa(kereta saya) perlahan-lahan.. waktu itu timbul sesal dalam hati kerana tidak pernah memandunya sebelum itu.. bukan baru sangat.. sudah berbulan.. cuma mahu tunggu pasang reverse sensor konon.. padan muka saya... sambil cuba membiasakan diri.. sambil mendaki bukit.. sambil jammed.. sambil si kecil firas menangis sekali.. mahu menyusu sahaja budak bertuah itu.. sambil saya berdoa semuanya selesai...
selepas keadaan tidak terkawal saya berhenti berhampiran kedai²... merehatkan enjin seketika.. sementelah si kecil tidak boleh dikawal oleh MIL.. sempat saya membeli sayuran dan mencari toilet untuk MIL.. lebih kurang sejam saya nekad meneruskan perjalanan.. en suami memberitahu kereta SIL memang tidak boleh bergerak.. memang mereka akan menunggu saya.. dengan tenang en suami minta saya selesaikan apartment dan pusing ambil mereka semula...
bila keadaan terpaksa memang kena menjadi sangat kuat... saya terus memandu.. si kecil tertidur dalam pelukan saya... saya tarik hand brake dan letakkan dia di tempat penumpang.. jalan masih jammed.. akhirnya saya sampai juga ke pekan brinchang.. menyusuri pasar malam yang menjadi punya jammed yang sangat teruk.. tidak memandang sangat terus saya memandu ke tanah rata.. berjumpa dengan abg rahim di kedai tengah² pekan dan dia membawa saya ke apartmentnya... selesai urusan dengannya, saya uruskan angkat semua barang.. saya kejutkan anak².. dan MIL saya tinggalkan bersama abang².. saya hangkut firas dan memandu semula mengambil mereka...
jalan sudah lengang.. kabus juga semakin tebal... sekejap saja saya sudah sampai ke tempat kereta SIL.. waktu itu menitis air mata saya melihat en suami kesejukan... dan suasana sungguh sepi.. kami bergegas memindahkan barang.. mengunci kereta dan menuju semula ke apartment.. malam itu, hanya meggi menjadi santapan kami... selepas segala kesukaran itu, memang sudah tiada daya hendak pergi mencari makanan lagi.. :(
tapi saya bersyukur.. dan sangat bersyukur.. Allah uji kami.. dan Alhamdulillah, kami lalui dengan sabar.. tiada marah².. dan semua redha... Allah uji kami hanya sikit.. orang lain mungkin lebih teruk...
ok.. nanti sambung cerita panjang... ini gambar apartment yang saya sewa untuk 2 ari...
huhu... semua kenangan dikongsikan kan?? hidup bukan indah sentiasa.. terkadang perlu ujian... menunjukkan Allah sayangkan kita.. :)
Thursday, January 5, 2012
4D3N : JOURNEY TO TANAH RATA (YANG MENCABAR.. huhuhu)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir.. |
2 comments:
Tengok dari luar pon nmpk cantik jek apartmentnya ... macam dok rumah sendiri jek rasa huhuhuh
Alhamdulillah, korang semua selamat. Biasalah ujian dari Yang Maha Esa akan datang tak kira masa. Kita patut bersyukur kerana kita insan yang terpilih, sekaligus menunjukkan yang Allah masih sayang kat kita ^_^
Allah hanya akan menguji hambaNya yang Dia rasa mampu untuk tempuhinya.. Itu tanda Allah sayang kat ko :)
Post a Comment