- Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama kaum lain
- Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman luar
- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini
- Kami isytiharkan Islam adalah agama persekutuan
- Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)
*pic daulatpang5.blogspot.com
* Sempena kehadiran tahun baru.. semoga jadi ingatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan. Dulu saya pernah dengar.. tapi tak pernah ambil tahu... Melayu perlu tahu apa hak Melayu... dan terus jadi Melayu..Sumber Berita Harian 9 Ogos 2009.
No comments:
Post a Comment