klik2..

Saturday, August 1, 2015

PETUA DARAH TINGGI

Bahan-bahan sumber daripada Facebook.
Saya copy ke sini sebagai panduan/ingatan dan mudah dicari.
Sumber asal saya nyatakan di bawah artikel.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


PETUA darah tinggi

minum air kelapa seminggu berturut turut. insyaalah akan turun tekanan darah keparas yg mengembirakan.

HILANGKAN DARAH TINGGI Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

minum lengkong asli

Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.

Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.

Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus atau ambil beberapa ulas bawang putih dan kulitnya. Kisar bawang putih tadi hingga halus untuk mendapatkan pati bawang putih. Ambil 6 titik pati bawang putih dan dicampur dengan segelas air kosong. Amalkan minum air tersebut 3 kali sehari.

Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Makan biji buah Peria.

Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.

Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.

Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.

Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.


Sumber Asal : Ida Shahida

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..