klik2..

Friday, May 7, 2010

Diari Aku : Minggu yang sibuk..

Salam all..

beberapa rancangan aku masih tergendala... kesnya.. aku busy giler sepanjang hujung nih dan minggu depan... ari nih dah jumaat.. pagi² dah ada meeting.. sambil² tuh sempat juga aku update sistem untuk pendaftaran esok.. petang ni dah ada test run untuk pendaftaran... hmmm.. antara event besar sekali setahun.. menyambut kehadiran pelajar baru ke kolej nih... ntah macam mana ler proses tahun nih... first time aku lalui tahun lepas suma smooth jer.. alhamdulillah.. semoga pengalaman lalu akan membantu aku..

esok plak.. kenalah aku gi keje gak.. hmmm.. pendaftaran untuk pelajar expdt.. maknanya budak yang amik program dua tahun mendaftar untuk tahun kedua... biasanya menda nih kacang jek.. lagipon ada 130 orang je.. semoga semuanya lancar.. amin...

pastu ahad malam plak aku dah kena stanby ke sini.. taknak esok paginya aku kelangkabut nak ke opis dan dalam waktu yang sama berebut dengan parents yang nak anta anak mendaftar.. tahun ni 4000+ student dalam sistem aku.. tapi biasanya tak semua akan datang mendaftar.. biasanya kurang dari 2k.. harap² telahan aku tepat.. hehe..

ada dilema jek yang asik terpikir² dalam minda aku nih.. kalau hubby jadi stationed kat melaka camner kehidupan dan perancangan selepas ini????...

ok ler.. nanti aku update benda² sepanjang pendaftaran tuh.. hehe..
chow..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..