Salam all,
rasa terpanggil untuk menulis selepas pelbagai kesukaran yang aku hadapi untuk jahit tudung ikut suka aku sendiri.. ditakdirkan atas beberapa sebab aku tak bape suka nak pakai tudung² berawning yang banyak dijual bersepah² kat kedai.. minat aku lebih pada tudung syria dan shawl.. masalahnya.. bila aku cari kain lycra/jersey tuh (dah jumpa kat Casa Moda or Nagoya..)dan bila aku dah beli.. nak menjahitnya Allah saja yang tahu...
pelbagai kesukaran aku tempuhi.. maklumlah.. aku bukannya jenis yang nak berbisnes bagai.. mesin jahit pon jenis Singer yang paling murah masa aku beli tahun 2008 tuh.. aku gunakan Singer model 8280.. part paling kritikal untuk jahit tudung idaman aku ialah nak jahit bahagian tepi dengan cantum tudung tuh.. sbb kalau aku guna jarum biasa memang jahitan tak cantik dan tak lekat sempurna.. mulalah aku google ke sana sini nak dapatkan tips terbaik untuk aku jahit..
Hasil yang aku dapat:
1) Gunakan jarum emas - untuk pengetahuan, jarum emas ni pon ada beberapa saiz dan tak semua sesuai untuk jahit tudung.. sabar jelah.. tak berjaya aku gunakan jarum ni.. macam² jenis aku beli.. tapi still tak dapat jahitan yang kemas..
2) Hem foot - untuk jahit bahagian tepi tu ada plak yang suggestkan gunakan hem foot.. melilau plak aku gi carik.. malangnya.. kurang sesuai untuk kain yang licin.. kalau sekadar jahit cotton memang boleh cantik untuk buat lipatan tepi.. tu pon kena banyak praktis..
3) Gunakan twin needle - Alhamdulillah.. bagi aku ni adalah solution terbaik.. leh je aku jahit dengan kemas.. dan lekat sempurna.. cuma kat seremban ni aku cuma jumpa twin needle yang saiz 2mm je.. so belum betul² perfect.. tapi ok ler.. dah ada inner, inner shawl + tudung luar syria aku yang siap... suka².. best sangat aku rasa.. isnin ni aku menunggu plak Qaseeh poskan aku nyer twin needle 4mm.. sesiapa yang rasa² dah try banyak menda tuh leh ler cuba pakai ni...
Ni ler hasilnya.. cuma kalau guna yang lebih besar saiz dia lebih cantik ler..
Bahagian depan (atas)
Bahagian belakang (bawah)
Harap² membantu.. pernah aku merasai kesukarannya semoga insan lain tidak mengalaminya.. Lupa plak.. mana nak dapatkan twin needle ni.. lepas aku google² aku dapati jarum tuh boleh didapati di Bunga Juta (kedai ni sederet Gulatis kat Jalan TAR).. aku pon tak pernah pegi.. kirim kat sis in law aku tapi tak sempat lagi dia nak gi.. kedai ni jual barang kawin.. kalau dok area KL try ler carik.. tapi aku tak sure ler kot² abis stok ker.. atau dah tak jual.. hehe..
Cukup ler aku bebel.. nanti aku sambung lagik.. nak buat tutorial untuk jahit bengkung tuh.. pastu cara nak jahit inner dengan tudung syria.. nanti ler.. rehat² dulu...
Chow..
No comments:
Post a Comment