Menyenaraikan semua nama file dalam satu folder ke dalam satu text fail
Cara untuk melakukannya:
1) Pastikan tahu detail path folder terletak di mana. Klik kanan pada folder dan tekan properties. Lihat pada location. Contohnya C:\Documents and Settings\DEWAN KULIAH 2\Desktop
2) Klik pada Start>Run dan taip cmd.exe.
3) Skrin hitam dos akan dipaparkan dan taip cd \ untuk pergi kepada c:\
4) Kemudian taipkan dir C:\“Documents and Settings”\“DEWAN KULIAH 2”\Desktop /b >senarai.txt
5) Sekiranya nama folder mempunyai space contoh Dokumen Saya, gunakan “” iaitu “Dokumen Saya”.
6) Kemudian taipkan exit atau tanda pangkah untuk keluar dari dos command.
7) Untuk melihat semula fail yang telah diwujudkan, pada Windows Explorer lihat pada folder c:/ dan cari fail senarai.txt.
8) Semua nama fail yang ada dalam folder tadi telah dimasukkan ke dalam fail teks ini.
9) Nama fail teks boleh boleh diberikan mengikut keperluan pengguna, tak semestinya menggunakan senarai.txt.
*Since aku buatkan tips ni untuk panduan orang kat opis, aku tepekkan kat sini skalik.. hehe..
Chow..
No comments:
Post a Comment