Pertama sekali, buatkan bulatan, mengikut saiz kelopak bunga yang hendak dihasilkan.. dalam kes saya ini, diameter bulatan tersebut adalah 6 atau 7 kalau gunakan pembaris bulatan atau 1.5 cm. Cara paling mudah, ambil botol apa² yang saiz muncungnya sesuai, gam sikit bahagian hujung kertas, dan gulung sampai habis 1 helaian (strip), gam lagi hujungnya. Saya pakai hujung botol gam (white craft glue bersaiz 120g).
Kemudian, sehelai strip kertas saiz A4 saya potong kepada 4. Ini hasilnya.. Biasanya kita akan pilih warna yang berlainan dari warna tadi untuk lebih cantik..
Strip yang telah dipotong 4 tadi dilipat pula kepada 2. Sama panjang.
Dengan menggunakan tools untuk quilling, masukkan pada satu bahagian hujung yang berlipat tadi. Mana² boleh, sama jer. Ikut arah mana kita senang buat pusingan.
Kemudian gulung, dua² sekaligus.. Tak perlu digam hujungnya.. free sahaja.
Buatlah sehingga mencukupi. Biasanya untuk satu kelopak dengan saiz yang saya buat tadi, saya akan gunakan 3 biji benda bulat nih. Kemudian sumbatkan dalam lingkaran bulat tadi. Dua di bahagian atas, satu di bawah.
Ini adalah, persediaan saya untuk buat kelopak² bunga saya.
Ini contoh kelopak yang dah siap. Biasanya saya akan gunakan 5 buah kelopak untuk hasilkan satu bunga.
Hasilnya... tadaa...
Format lain plak.. haha.. gambar ambil kemudian.. dah siap buat tutorial baru perasan takde contoh plak bunga yang sedang dibuat.. nih tak gam.. main susun jer.. :)
6 comments:
Waaaaaah rajinnyaaaaaa....... Cayok2....
oohh..camni ke?ok..tengkiu..baru sempat blaja. kalau kat rumah ade "pembantu" tolong..haha
nak tanyala kalau pakai kertas biasa berapa gsm yg bagus ya utk hand shredder? sebab bila saya shredder kertasnye berbulu sangat tak cantik.
saya tak guna hand shredder.. cuma biasanya kalau kertas tebal mesti kurang cantik sikit.. cuba kertas yang nipis.. 70gm.. tak pasti sangat.. cuma berharap saya beri tips yang betul.. :)
salam, nak tanya..yg tengah tu kertas biasa yang kaler2 tu kan?yg tepi tu kertas ke ape ye?mcm tebal je
w'salam.. yang tepi pon kertas biasa.. saya gulung pada botol gam.. dapat bulat besar sikit.. kire macam ring ler.. mula2 gam sikit masa glung sekali.. kemudian teruskan menggulung.. dah habis kertas gam lagi.. harap membantu.. :)
Post a Comment