klik2..

Thursday, February 9, 2012

PAPER QUILLING : MAKING PAPER FLOWER III

Ini bunga kertas yang simple sahaja.. tapi lama juga saya cuba membuatnya.. ini pun belum cantik betul.. cuma mahu kongsi.. dengan rakan²..

Mula², saya potong kertas A4 kepada dua, saya potong lagi kepada 12. Maknany, saya lipat lagi dua kali, dan belah 3 menjadi 12 bahagian. Saya ambil satu bahagian, saya lukis seperti di bawah.. tiada menggunakan sebarang template.. free hand sahaja..

Kemudian saya guntingkan menjadi seperti ini.
Menggunakan quilling tools, saya masukkan daripada sebelah dalam pada hujung kertas tersebut. Kemudian, gulung perlahan-lahan.
Ratakan dan kemaskan sambil anda membuat gulungan.
Sehingga habis dan gamkan pada bahagian hujungnya.
Tadaa.. jadilah bunga anda.. dan hiaskan dengan daun serta perkemaskan hasil kerja anda. Anda juga boleh menggunakan gunting yang mempunyai corak untuk memberikan kesan bunga yang lebih menatik.
Selamat mencuba.. semoga membantu anda! :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..