klik2..

Wednesday, May 12, 2010

Tutorial Barut Bayi

Salam all,

ni nak share sikit apa yang aku buat beberapa minggu lepas untuk bby nih.. ntah mengapa ye rajin pulak nak buat sendiri.. walhal untuk abang yang duorang dulu nenek diorang yang buatkan.. aku buat ni ikut keselesaan sendiri.. so kalau rasa ada mana² yang terkurang tu bolehlah adjust ikut keselesaan sendiri.

Cara membuat barut baby

1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit. Ada juga yang suka gunakan kain flannel yang bercorak².. ni aku ada jumpa kat nagoya.. tapi disebabkan aku jenis yang anggap putih paling sesuai untuk bby aku pon pilih kain cotton ni.. jenis yang biasa untuk buat bju sekolah tu macam agak nipis so aku pilih yang mahal sikit.. Selain tu, aku beli tali putih yang dah siap tuh.. dalam gambar tuh nampak ler.. aku beli kat tesco.. satu gulung dah cukup ler..

2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..

 (sekiranya bby anda dijangkakan besar ->3kg, tambahkan lebar kain jadi 18')
3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis.

4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di bawah.

5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut.


 (kalau suka nak ikan reben, panjangkan jadi 12')
6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran yang diberikan seperti di bawah. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.



7) Terbalikkan kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut seperti garisan merah kecuali satu bahgian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.
9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.

Harap dapat membantu bakal ibu yang memerlukan.
Till then..

17 comments:

Cyda Acme said...

rajin tul ko buat barut ek. anak akunye barut ... barut turun temurun ... mak aku buatkan ms dia dpt first cucu 7thn lalu. byk lak tuh ... hu3 so aku tggl pakai jeklah ...

Effi Rahmat said...

mak aku punya yang turun temurun ada kat kakak aku.. malas pulak nak mintak.. pastu MIL aku ada watkan.. aku bg kat ipar aku.. pon aku tak berkesempatan mintak... jadi aku watlah sendiri.. aku pon kompius kenapa aku rajin sangat.. hahahahha..

asma Pak Wahab said...

akak..tudung lycra tu dah ade ni..cantik+sedap bile pakai..nanti bagi kat akak..tgu nana dtg..aci beli 20..

asma Pak Wahab said...

lupe lak..time mengandung kali ni kak epi sangat rajin buat keje dapo+keje pompuan..jadi insyaAllah baby pon orgdapo jugak =)

Effi Rahmat said...

wah.. tak sabarnya nak tengok tudung tuh.. amin.. kalau girl tuh satu bonus.. tapi suka wat keje² tuh tak taulah nape.. hehe..

Effi Rahmat said...
This comment has been removed by the author.
mel said...

wah.. thanks sis.. mmg tgh cari camne nk jahit barut ni.. weekend depan boleh try..:)

Effi Rahmat said...

mel, dah bape bulan? harap² membantu.. leh adjust mana-mana yang perlu... saya buat ikut saiz tuh je.. kalau rasa kecik leh besarkan sket.. hehe..

faiezah / ija said...

balik mesti nak cuber...tgh kemaruk nak menjahit ni...

Anonymous said...

hye mama mirza, saya da try buat barut refer tutorial ni. thanks a lot!

http://cecimaginary-craft.blogspot.com/

Effi Rahmat said...

saya tak pandai sangat menjahit.. tu jer yg bleh tunjuk.. :)

Nia said...

Salam ziarah,

Terima kasih ya sudi kongsi tutorial ni. Tapi, saya tak tau la akan buat bila ni..hehe..

Unknown said...

Assalamu'alaikum,
Terima kasih atas tutorial ni.
Saya tumpang belajar ye..

Mashitah Mamat said...

salam, mintak izin cedok ilmu..hehehehe.... tqtq

Effi Rahmat said...

dipersilakan dik.. dengan senang hati..:)

Unknown said...

Salam..sis.. yang tali tu beli kat tesco bahagian mana ekk? Pusing2 xjumpa

Effi Rahmat said...

kena beli di bahagian yang ada benang dan jarum tu.. dekat dengan stationary..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wahai aku.. ingatlah.. kalau hari ini kau mengharapkan langit yang cerah... tapi Pencipta Yang Agung memberikan hujan, guruh, ribut dan badai.. janganlah kau bersedih wahai aku.. kerana kau takkan tahu jika dihujungnya akan muncul pelangi nan indah..
dan jika hari ini kau dapat apa yang kau inginkan, ingatlah kau hanyalah makhluk kerdil yang diberi kesempatan mentadbir.. tapi Yang Maha Kuasa tetap yang menakdir..